Fenomena drama Jangan Benci Cintaku, penulis novel rupanya seorang doktor!

Siapa sangka drama Jangan Benci Cintaku (JBC) yang sedang ditayangkan di slot Akasia, TV3 mendapat sambutan luar biasa gara-gara watak Husna lakonan Niena Baharun mencetuskan kemarahan netizen.

Menurut laporan HM Online, penulis novel JBC, Emelyne Bani Anak Jam atau lebih dikenali dengan nama pena Emy Roberto berkata, novel itu dihasilkan pada tahun 2012 dan baru diadaptasi sebagai drama.

Fenomena drama Jangan Benci Cintaku, penulis novel rupanya seorang doktor!

Fenomena drama Jangan Benci Cintaku, penulis novel rupanya seorang doktor!

Mula aktif menulis sejak di universiti, Emy sebenarnya adalah doktor yang bertugas di bahagian Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH2) yang berasal dari Bintulu, Sarawak.

Menurut wanita berusia 32 tahun itu, kesibukannya dengan tugas harian sebagai doktor tidak membataskan waktu untuk menghasilkan novel sesuai dengan citarasa pembaca.

Fenomena drama Jangan Benci Cintaku, penulis novel rupanya seorang doktor!

Fenomena drama Jangan Benci Cintaku, penulis novel rupanya seorang doktor!

Fenomena drama Jangan Benci Cintaku, penulis novel rupanya seorang doktor!

“Ia bermula dengan minat membaca dan ketika itu didorong oleh suami, kenapa tidak saya hasilkan bahan bacaan sendiri.

“Sejak itu, saya mula menulis di blog yang diwujudkan oleh suami dan akhirnya dapat menghasilkan novel. Setakat ini, sudah lapan buku saya tulis dan JBC dihasilkan ketika saya berada di tahun akhir dalam pengajian dalam bidang perubatan.

Fenomena drama Jangan Benci Cintaku, penulis novel rupanya seorang doktor!Fenomena drama Jangan Benci Cintaku, penulis novel rupanya seorang doktor!

“Kebanyakan idea untuk menghasilkan buku adalah hasil inspirasi daripada kehidupan umum masyarakat kita. Memang ada terjadi, namun bukan membabitkan mereka yang hidup atau mati,” kata anak kedua daripada tiga beradik itu.

Fenomena drama Jangan Benci Cintaku, penulis novel rupanya seorang doktor!

Tambah Emy, dia tidak menyangka drama JBC menjadi fenomena sehingga ada yang terbawa-bawa kisah itu, malah tanda pagar ‘#teamhusna’ ‘#teamfiqa’ dan ‘#teamshah’ diwujudkan di laman media sosial.

“Saya hanya menyedari ia menjadi trending apabila masuk minggu kedua drama itu ditayangkan. Selepas itu, ada penonton beri reaksi menyatakan cerita ini klise, marah kenapa Husna begitu dan sebagainya.

“Tetapi bagi saya, pelakon harus diberi kredit kerana mereka berjaya membawa watak itu sehingga mencetuskan trending,” ujarnya.

Fenomena drama Jangan Benci Cintaku, penulis novel rupanya seorang doktor!

Fenomena drama Jangan Benci Cintaku, penulis novel rupanya seorang doktor!

Mengulas lanjut berhubung jalan cerita novel itu, Emy berkata, dia sebenarnya ingin menyampaikan kepada masyarakat bahawa kisah rumah tangga seperti itu wujud.

“Tidak semestinya imej dibawa Fiqa tidak baik dan tidak semestinya imej Husna yang bertudung adalah baik, itu yang saya mahu sampaikan kepada masyarakat,” katanya.

Fuhh pada mulanya mati-mati ingat si penulis orang Melayu. Memang berbakat lah doktor Emy ni, jalan cerita memang berkesan dalam hati penonton!

Sumber : HM Online