Wajib Cuba! Resipi Cekodok Ikan Bilis Kak Rose Buat Niaga Diketegorikan Jualan Laku Keras…

Biasa sangat kalau buat cekodok bilis. Tapi perkongsian kali ni lain sikit, bukan cekodok biasa-biasa, resipi ni diambil masa Kak Rose berniaga dan boleh dikatergorikan jualan cekodoknya laku keras. Jom cuba.

Wajib Cuba! Resipi Cekodok Ikan Bilis Kak Rose Buat Niaga Diketegorikan Jualan Laku Keras…

As salam semua, ni masa kak rose meniaga kat puchong dolu & boleh diketegorikan jualan laku keras. Nah nak share resepi kat sini. Selalu buat 2kg tepong teros. Ni kak rose share utk portion kecil kang share resepi 2kg tepong siapa lak nak makan kan tapi bahan2 tu korang agak2 la ikut citerasa na-

Wajib Cuba! Resipi Cekodok Ikan Bilis Kak Rose Buat Niaga Diketegorikan Jualan Laku Keras…

CEKODOK IKAN BILIS SEDAP

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandom

Segengam taugeh (nak letak banyak pun boleh *agak2*) *Nak lagi elok beli taugeh kering ye, taugeh yang tak rendam di dalam air.

2 biji bawang besar (hiris halus)

5 batang cili kering (nak pedas boleh tambah)

Semangkuk kecil atau segengam ikan bilis (rendam)

1 sudu makan gula

1 sudu teh garam (ikut citarasa)

1 sudu teh ajinomoto (jika mahu)

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu makan serbuk penaik

1 biji telur (tak kisah la gred apa janji telor)

Air

CARA MEMASAK:
*****

(A)

1. Satukan tepung, taugeh, bawang, garam, gula, telur, serbuk penaik, serbuk bikarbonat dalam 1 bekas (gaul kasi rata)

(B)

2. Kisar (cili kering & juga ikan bilis)

3. Campurkan bahan A & B & air, gaul sebati *Pastikan adunan tepung tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat

4. Adunan rehatkan dalam 5-10 minit biar apa yang ada dalam bekas adunan tadi mengembang

5. Masa menggoreng pastikan minyak letak lebih & betol2 panas untuk mendapatkan hasil bulat tu & kacau selalu (aras api dikurangkan semasa proses mengacau)

6. *Garam jangan terlebih sebab ikan bilis dah masin

Tips: utk pastikan adunan kita tu cantik, selepas proses mengaul kesemua bahan jemputkan sedikit adunan tu, jika boleh dijempot bermakna adunan tu elok & hasil akan cantik.

Ok siap!

Kongsi resipi: darqysha’s adam