IG ‘Husna’diserang dek kerana lakonan nya yang menjadi

Pelakon yang membawa watak antagonis bagi sesebuah naskah lakonan sering menjadi perhatian orang ramai kerana sifatnya yang sangat menjengkelkan.

Walaupun sekadar mempamerkan bakat lakonan sebagai ‘penjahat’, tetapi watak tersebut cukup membuatkan penonton berasa menyampah hingga terbawa-bawa ke luar drama dan filem.

Mungkin itulah yang dihadapi oleh pelakon Niena Baharun yang membawa watak Husna menerusi drama bersiri fenomena ketika ini, Jangan Benci Cintaku.

Walaupun Niena atau nama sebenarnya Amaniena Kamarul Baharun sedang hamil lima bulan, dia kelihatan ‘steady’ menerima kecaman dan kutukan penonton drama yang disiarkan di slot Akasia di TV3 itu.

Menerusi beberapa posting di laman Instagram miliknya, penonton memenuhi ruangan komen pelakon berusia 25 tahun itu setelah ramai yang tidak berpuas hati dengan watak yang dijayakannya sehingga mencecah ribuan komen!
Shah datang cari Husna tak?

Mana janji manis Shah?

Kesian Shah, bini dah lari…

Kecoh je pasal Husna!

Doakan Husna & Shah kekal bahagia!

Benci gila tengok Husna!IG 'Husna'diserang dek kerana lakonan nya yang menjadi
Menyampah kat awak!
IG 'Husna'diserang dek kerana lakonan nya yang menjadi
Rasa nak tumbuk je muka!
IG 'Husna'diserang dek kerana lakonan nya yang menjadi
Geram dengan perempuan macam Husna!
IG 'Husna'diserang dek kerana lakonan nya yang menjadi
Perempuan tak guna!
IG 'Husna'diserang dek kerana lakonan nya yang menjadi
Kenapa Husna kejam sangat!
IG 'Husna'diserang dek kerana lakonan nya yang menjadi

Sumber : Niena Baharun